click here to download PDF
SITUASI SEMASA PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1) DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 23 Jun 2009
Sehingga 23 Jun 2009 jam 09.00 pagi (dalam tempoh 24 jam lepas), terdapat sepuluh (10) kes baru Influenza A (H1N1) telah dikesan melibatkan lapan (8) kes import baru dan tambahan dua (2) jangkitan tempatan. Kes¬kes import terdiri daripada lima (5) kes import warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warga negara iaitu warga Yaman (1), Switzerland (1) dan Itali (1). Jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 68 kes iaitu 59 kes import dan 9 kes jangkitan tempatan.
- Kes ke 59 merupakan kanak¬kanak perempuan warga Malaysia, berumur 5 tahun 9 bulan, pulang bersama ibu, ayah dan seorang adik dari California (USA) untuk menemui neneknya di Kajang. Pada tarikh 18 Jun 2009, mereka balik ke Malaysia dari San Fransisco menggunakan penerbangan Cathay Pacific (CX 873) (tempat duduk ? barisan 41) dan transit di Hong Kong, tiba di KLIA pada 19 Jun 2009 jam 3.30 petang tanpa sebarang simptom. Beliau telah mengalami demam, sakit tekak dan batuk pada hari yang sama. Pada 22 Jun 2009 beliau telah disahkan positif influenza A(H1N1) sebagai kes import.
- Kes ke 60, seorang pelajar perempuan warga Malaysia berumur 14 tahun. Beliau tiba di Malaysia dari Melbourne pada 18 Jun 2009 jam 7.30 malam menggunakan penerbangan MH 148 (Tempat duduk 26C). Pada 20 Jun 2009 telah menghadiri satu kenduri kahwin di Melaka dengan menaiki kereta bersama 4 orang ahli keluarga. Beliau mula mengalami simptom pada hari tersebut (20 Jun 2009) dan telah mendapatkan rawatan awal di Sime Darby Medical Centre Subang pada 21 Jun 2009 . Beliau terus dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun 2009 jam 4.00 petang dan disahkan positif pada pada 22 Jun 2009.
- Kes ke 61, seorang lelaki warga Malaysia berumur 23 tahun. Beliau pulang dari Melbourne, Australia dan tiba di Malaysia pada 19 Jun 2009 ; jam 6.15 pagi melalui penerbangan MH128 (tempat duduk No. 30J) dan meneruskan perjalanan ke Kuching (tiba pada 19 Jun 2009 ; jam 10.15 pagi) melalui penerbangan MH 2504 (tempat duduk No. 11H). Beliau mula sakit pada 20 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 21 Jun 2009. Beliau disahkan positif pada 22 Jun 2009 sebagai kes import.
- Kes 62, seorang pelajar lelaki warganegara Malaysia berumur 16 tahun juga merupakan kontak kepada kes ke 42 iaitu pelajar Sekolah Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor Beliau mengalami demam, batuk dan sakit tekak pada 20 Jun 2009 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun 2009 dan disahkan positif pada 22 Jun 2009. Beliau ini telah terdapat 2 kes positif di kalangan pelajar di sekolah tersebut.
- Kes ke 63, seorang lelaki warganegara Yaman berumur 24 tahun. Beliau bertolak dari Bangkok ke Malaysia pada 19 Jun 2009 menggunakan penerbangan Air Asia AK 342 (tempat duduk 18E) dan tiba di LCCT pada jam 6.15 petang. Beliau mula mengalami demam dan batuk pada 20 Jun 2009 dan telah mendapatkan rawatan awal di Damansara Specialist Hospital pada 21 Jun 2009. Pada 22 Jun 2009, beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif pada 22 Jun 2009.
- Kes ke 64, seorang lelaki berumur 54 tahun warganegara Switzerland. Beliau ke Malaysia bersama isteri melalui penerbangan SQ 118 dan tiba di KLIA pada 21 Jun 2009. Beliau telah mengalami demam dan batuk mulai 18 Jun 2009 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 22 Jun 2009 dan disahkan positif pada hari yang sama.
- Kes ke 65, seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun warganegara Itali. Beliau tamat belajar di Melbourne selama 3 bulan dan telah kembali ke Malaysia dari Melbourne dengan penerbangan MH 148 (tempat duduk 30J) dan tiba di KLIA pada 21 Jun 2009. Beliau mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 21 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 22 Jun 2009 dan disahkan positif pada hari yang sama.
- Kes ke 66, seorang pelajar lelaki Malaysia warganegara Malaysia berumur 11 tahun yang juga merupakan kontak kepada kes ke Jun 2009, beliau telah mengalami demam, batuk dan sakit tekak dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 22 Jun 2009 dan disahkan positif pada hari sama. Beliau merupakan kes jangkitan tempatan ke 9.
- Kes ke 67, seorang budak perempuan warganegara Malaysia berumur 5 tahun 8 bulan. Budak tersebut bersama ibunya yang menetap di Manila telah kembali ke Malaysia pada 20 Jun 2009 melalui penerbangan MH 705; tiba pada jam 7 malam. seterus menyambung perjalanan dari KLIA ke Pulau Pinang dengan penerbangan MH1166; tiba pada jam 10 malam. Beliau telah mula mengalami simptom mulai 21 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 22 Jun 2009 dan disahkan positif pada hari yang sama.
- Kes 68, seorang lelaki warga Malaysia berumur 42 tahun yang telah pergi ke Manila. Beliau pulang dari Manila melalui penerbangan Cebu Pacific Airways 5J 501 (tempat duduk 9B) dan tiba di Malaysia pada 18 Jun 2009 di LCCT . Beliau pulang ke Pulau Pinang dengan memandu kereta. Belia mula sakit pada 21 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 22 Jun 2009. Beliau disahkan positif pada 22 Jun 2009 sebagai kes import.
Pada hari ini Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras akan ditutup sehingga 27 Jun 2009 menjadikan jumlah sekolah yang ditutup adalah 4 buah termasuk SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur, SRK Assunta 1, Petaling Jaya dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya. Tiga sekolah lain iaitu SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SM Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur kekal dengan penutupan satu kelas.
Sehubungan itu, semua ibubapa kepada pelajar¬pelajar sekolah yang dinyatakan di atas diminta untuk memastikan anak¬anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat¬tempat awam. Manakala ibubapa dan ahli keluarga kepada anak¬anak yang diletak di bawah home quarantine boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Walau bagaimana pun ibubapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan positif hendaklah menjalani home quarantine seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian. Kepada pelajar¬pelajar dari sekolah terbabit sekiranya mengalami gejala demam dan tanda¬tanda seperti batuk, sakit tekak dan selesema hendak segera mendapatkan rawatan di hospital.
Pelajar¬pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat, diminta untuk menghubungi pihak sekolah atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk mendapat nasihat kesihatan dengan lebih lanjut. Manakala, semua pelajar¬pelajar yang pulang ke Malaysia dari empat buah lokasi iaitu USA, London, Manila dan Melbourne diminta membuat self¬quarantine selama 7 hari.
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengesan kesemua kontak termasuk krew penerbangan dan penumpang bagi dua penerbangan yang terlibat terutama di 3 tempat duduk hadapan dan belakang kes¬kes yang telah disahkan positif.
Pada 22 Jun 2009 sehingga jam 9.00 mlm, sejumlah 99 notifikasi kes yang menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara. jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A(H1N1) adalah sebanyak 1,409 kes di mana, 68 kes telah disahkan positif influenza A(H1N1).
Pada 22 Jun 2009 sehingga jam 9.00 mlm, seramai 99 orang bagi kontak bagi kes 18, 19, 20 dan 22 telah tamat home quarantine. Kontak yang masih diletakkan di bawah home quarantine kini adalah seramai 438 orang, ini termasuk 159 kontak baru yang dikesan. Kesemua mereka yang sedang menjalani kuarantin dalam keadaan stabil tanpa simptom jangkitan influenza.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa sehingga 23 Jun 2009, jam 8 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 52,687 kes dengan 231 kematian daripada 99 negara, iaitu pertambahan 7,709 kes. Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah USA (3,594), Chile (1,190), Kanada (805), United Kingdom (754), dan Australia (297).
Bagi mengesan kontak kepada kesemua kes positif, Kementerian Kesihatan meminta kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada kes terutama yang duduk di 3 barisan hadapan dan belakang serta pelajar dari sekolah¬sekolah yang terbabit untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau KKM melalui talian 03¬88810200 atau 03-88810300 untuk membolehkan kami memberikan nasihat kesihatan termasuk keperluan home quarantine.
Kepada pelajar Malaysia dan mereka yang baru kembali bercuti di luar negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1) adalah diminta untuk sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan. Mereka yang mula merasa kurang sihat atau ada tanda awal jangkitan seperti batuk dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan bekerja di pejabat. Langkah ini untuk mengelakkan penularan penyakit di sekolah dan di tempat kerja yang boleh melibatkan penularan jangkitan.
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan ke negara¬negara yang dilanda wabak kecuali jika betul¬betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan Influenza A(H1N1), samada semasa berada di negara berkenaan atau pun semasa berada di dalam pesawat. Ini bukan sahaja akan menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain, tetapi anda dan keluarga anda akan dikuarantin jika terbabit dengan kes yang disahkan positif. Justeru itu, orang ramai adalah digesa sekali lagi agar memberi kerjasama menangguhkan perjalanan ke negara¬negara yang dilanda wabak Influenza A(H1N1) buat masa ini, kecuali bagi perjalanan yang perlu sahaja yang tidak boleh ditangguhkan.
Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web
Sekian dan terima kasih. TAN SRI DATO? SERI DR. HAJI MOHD. ISMAIL MERICAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 23 Jun 2009
click here to download PDF |