| |
Tax Incentives for Private Hospitals in Malaysia
List of existing tax incentives which private hospitals in Malaysia can enjoy:
For more information on these incentives, please contact APHM or the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) at Tel.No. 603-2095 3633 or the Tax Analysis Division, Ministry of Finance Malaysia at Tel.No. 03-2098 2596.
This list of tax incentives is compiled by the Medical Practice Division of the Ministry of Health Malaysia (http://www.moh.gov.my)
INSENTIF-INSENTIF CUKAI SEDIA ADA
-
Industrial Building Allowance
Insentif ini diberikan kepada syarikat-syarikat yang memperuntukkan perbelanjaan kapital bagi pembinaan atau pembelian sesebuah bangunan untuk memberikan perkhidmatan.
-
Pengecualian daripada Cukai Perkhidmatan
Cukai perkhidmatan ke atas nasihat perubatan dan penggunaan alat-alat perubatan telah dimansuhkan pada 1 Januari 1997.
-
Potongan untuk latihan pra-pekerjaan
Bagi pengusaha-pengusaha hospital swasta yang menghantar atau melatih pekerja-pekerja bagi menyiapkan diri mereka untuk bekerja di hospital berkenaan, potongan cukai untuk latihan pra-pekerjaan boleh dinikmati oleh pengusaha-pengusaha hospital berkenaan.
-
Kelayakan potongan dua kali (double deduction) ke atas perbelanjaan promosi ke luar negara.
Insentif dapat mengalakkan aktiviti-aktiviti dan usaha mengeksport servis keluar negara ataupun membawa warga asing ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Setakat ini, pengusaha-pengusaha hospital swasta hanya layak untuk mendapatkan potongan dua kali untuk perbelanjaan misi ke luar negara seperti pengangkutan, penginapan dan perbelanjaan bersangkutan promosi di luar negara; kos pengeluaran risalah, pamflet dan poster untuk diedarkan di luar negara; kos pengiklanan media untuk mempromosi khidmat kesihatan di luar negara; kos menyertai seminar dan ekspo di luar negara bagi memperkenalkan servis dan kemudahan perubatan Malaysia di luar negara; dan juga kos pembukaan dan pengendalian pejabat di luar negara.
-
Kebebasan cukai untuk promosi konferens bertaraf antarabangsa
Insentif ini memberikan kebebasan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menganjurkan mana-mana seminar atau ekspo kesihatan dan hanya layak terima oleh pengusaha dan perancang seminar ekspo kesihatan yang diadakan di Malaysia. Bagaimanapun bilangan minimum peryertaan peserta daripada luar negara hendaklah mencecah bilangan 500 orang sepanjang tahun yang dinilai dan ini dijadikan sebagai satu syarat utama sebelum penganjur seminar atau ekspo dapat menikmati insentif tersebut.
-
Insentif untuk penggunaan Informasi Teknologi - IT
Insentif ini juga boleh dinikmati oleh sektor perubatan swasta termasuk mana-mana hospital swasta yang ingin melabur untuk membeli atau memperkenalkan sistem maklumat berkomputer, selaras dengan usaha Kerajaan untuk mempertingkatkan taraf penggunaan IT di Malaysia.
Print Friendly
|